Skip to main content

IKLAN 7







Comments

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M...

SAYANGKAN ISTERI TINGGAL - TINGGALKAN, SAYANGKAN ANAK TANGAN - TANGANKAN?

Apakah maksud  sayangkan anak tangan-tangankan? Peribahasa ini bukanlah bermaksud jika sayangkan anak, maka kita perlu memukul, menyepak atau menampar anak kita. Itu sudah dikira sebagai mendera. Ia juga bukanlah bermaksud bahawa setiap ibu bapa perlu memukul anak tanpa belas kasihan apabila anak-anak melakukan kesalahan. Namun peribahasa berkenaan membawa maksud bahawa dalam mendidik anak-anak, perlulah dilakukan secara penuh hikmah dengan menasihati, menegur dan merotan mereka apabila perlu. Di dalam keibubapaan, memukul, menghukum itu bukan suatu yang dilarang. Dari pespektif Islam sendiri, anak-anak dibenarkan dipukul setelah mencapai usia 10 tahun dan tidak sebelum itu, apabila anak itu masih tidak mahu sembahyang. Namun, sebelum dipukul, anak itu perlu diberi amaran dan sebelum usia 10 tahun itu, terutamanya bermula usia 7 tahun itu usia mumayiz (tahu membezakan baik dengan buruk), barulah anak itu boleh dipukul secara fizikal. Dalam melaksanakan hukuman itu pula, ibu ba...

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul. Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar. Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perka...