A
|
pa itu pedofil dan apa kaitan dengan keselamatan
anak anda ? Ia juga menjadi ancaman? Adakah ia sejenis penyakit ataupun jenama
makanan yang tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak. Tetapi mengapa tidak disebarkan oleh media
massa ataupun media bercetak untuk mengatasi permasalahan yang wujud ini, jika
benar ianya sangat berbahaya. Isu ini
juga menimbulkan kebimbangan dan menjadi pertanyaan dalam kalangan ibu bapa
sejagat kerana perkataan tersebut yang sangat unik dan tidak pernah didengari
oleh halwa telinga mereka dan berlegar-legar di dalam fikiran.
Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang beranggapan ia adalah serangan wabak
penyakit yang akan menjejaskan anti bodi kanak-kanak serta berkaitan dengan
kesihatan yang akan menjejaskan keceriaan hidup kanak-kanak. Namun, penyakit ini lebih merbahaya dan akan
menjejaskan masa depan kanak-kanak kerana impaknya menjejaskan emosi dan mental
hingga menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami trauma serta kehidupan yang
dijalani menjadi kelam. Usah khuatir dan
bimbang kerana setiap masalah yang wujud boleh dicegah dan jangan sesekali
membuka ruang untuk mengundang kecelakaan yang berpanjangan.
Terlebih dahulu, ayuh fahami dan
hayati maksud pedophile yang sebenarnya dan anjakan paradigma yang boleh
dilakukan untuk membanteras isu ini hingga ke akar umbi. Pedofil membawa maksud gangguan psikologi oleh individu dewasa atau
remaja yang tertarik secara seksual atau dalam erti kata yang lain pandangan
yang bernafsu dan menimbulkan keghairahan kepada kanak-kanak yang belum baligh.
Ianya menjuruskan kepada kanak-kanak
lelaki dan perempuan yang masih belum mencapai akil baligh.
Kanak-kanak hendaklah didedahkan
dengan cara melindungi diri daripada dicabul dan didekati oleh individu yang
tidak dikenali. Peranan proaktif dalam
kalangan ibu bapa amat digalakkan agar ana-anak tidak menjadi mangsa. Anak adalah kurniaan dan anugerah yang
terindah diberikan oleh Allah maka kita diperintahkan untuk menjaga sebaik
mungkin. Jangan disebabkan kealpaan anda
selaku ibu bapa, masa depan anak-anak tergadai dan emosi terganggu sehingga
menjejaskan tumbesaran. Dalam menangani
isu ini, ibu bapa diseru dan disarankan agar tidak terlalu mendedahkan anak
mereka dikhuatiri menjadi mangsa pedophile.
Seiring dengan perkembangan teknologi terkini,
ibu bapa terlalu ghairah memuat naik gambar dan video anak mereka di media
massa dan dikhuatiri akan dieksploitasi oleh individu yang tidak
bertanggungjawab untuk melepaskan nafsu.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga berisiko tinggi diculik dan dijadikan tempat untuk melepaskan nafsu yang
kesumat. Selain itu, kita juga
diseru agar janganlah memandang remeh
akan isu ini. Sebagai generasi yang
hidup dalam serba canggih dan lebih cepat untuk mendapatkan maklumat kita
hendaklah mendidik kita hendaklah lebih bijak dalam menangani isu ini.
Kanak-kanak hendaklah didedahkan
dengan cara melindungi diri daripada dicabul dan didekati oleh individu yang
tidak dikenali. Peranan proaktif dalam
kalangan ibu bapa amat digalakkan agar ana-anak tidak menjadi mangsa. Anak adalah kurniaan dan anugerah yang terindah
diberikan oleh Allah maka kita diperintahkan untuk menjaga sebaik mungkin. Jangan disebabkan kealpaan anda selaku ibu
bapa, masa depan anak-anak tergadai dan emosi terganggu sehingga menjejaskan
tumbesaran.
Tepuk dada tanya iman adakah anda
seorang pedofil sehingga menyebabkan kanak-kanak yang tidak berdosa terpalit
kehinaan dan kehancuran masa depan yang gemilang kelak. Realiti keindahan kehidupan yang digambarkan
kepada kanak-kanak tersebut hanya kekal sebagai dunia khayalan dan igauan
semata-mata hanya kerana disebabkan oleh nafsu durjana manusia yang liar dan
tidak boleh dikawal. Sebelum anda
bertindak menganiaya kanak-kanak yang tidak berdosa selami dan insafi diri
sekiranya mangsa terbabit adalah anak, adik atau sedara-mara anda.
Kita semua sedia maklum bahawa
kartun kegemaran kanak-kanak iaitu upin-ipin telah dieksploitasi oleh individu
tidak bermoral dengan memaparkan adegan yang tidak senonoh dan tidak sesuai
ditonton oleh kanak-kanak. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah memantau
anak-anak agar mereka tidak terdedah dengan perkara berunsurkan negatif yang
akan menjejaskan kualiti kehidupan mereka serta menyumbang ke lembah
kehancuran.
Lantaran itu, ibu bapa digalakkan melayari laman sesawang yang berkaitan
bagi mendapatkan video untuk mencegah ancaman pedofil terhadap anak-anak
mereka. Mencegah itu lebih baik dari
merawat dan tindakan proaktif perlu dilakukan sebelum kehidupan anak-anak anda
musnah. Pesalah pedofil hendaklah
dihukum dengan dikenakan tindakan yang tegas tanpa mengambil kira latar
belakang dan darjat individu berkenaan bagi mengelakkan kanak-kanak yang tidak
berdosa menjadi mangsa.
Kanak-kanak permata syurga dan selaku
generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang hendaklah di terapkan dengan
unsur positif dan dijaga dengan rapi agar akhlak mereka seiring dengan
perlakuan yang mampu menjadikan fantasi ditukarkan kehidupan menjadi
realiti. Pesalah pedofil hendaklah
dihidangkan dengan keperitan akibat kelakuan yang tidak bermoral tersebut sehingga meninggalkan kesan yang
tragis terhadap kehidupan mereka dan dijadikan pengajaran kepada individu lain
agar masalah ini dapat diatasi dan kebahagiaan hidup dapat di kecapi.
-Anak permata Syurga-
Comments
Post a Comment