Skip to main content

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN


Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah menyebabkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Zaman moden yang semakin canggih turut menjadi cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Kes-kes penceraian kerap kali didengar pada masa kini sehinggakan menyebabkan beberapa golongan yang berstatus bujang takut untuk mendirikan rumah tangga mereka bersama yang dicintai. Kes penceraian yang semakin banyak terjadi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya akan menggangu emosi mereka. Akhirnya anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehinggakan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain. Hal ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan pemuda yang berwawasan tinggi dan berkaliber yang seterusnya akan dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka dan dalam mengecapi keluarga yang bahagia dan harmoni. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan bahawa hubungan kekeluargaan di antara mereka senantiasa erat dan semakin erat. Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangun keluarga yang bahagia dan mampu untuk menghindari daripada berlakunya masalah pepecahan keluarga. Setiap manusia menginginkan keluarga yang erat dan harmoni. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pepecahan keluarga di zaman yang moden ini, terdapat beberapa tios yang telah disenaraikan bagi membantu seta menjadi panduan bagi setiap ibu bapa dalam memastikan hubungan keluarga terjaga.

Berikut merupakan tips-tips yang bakal membantu anda mengeratkan lagi hubungan kekeluaga anda:
1   
            Berbincang
Perbincangan secara halus dan lembut akan membuatkan anak menghormati ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan jeritan kesat yang keluar dari mulut ibu bapa mereka sendiri. Masalah yang terjadi di dalam keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa memerlukan kekerasan. Perbincangan yang baik akan menghasiilkan penyelesaian yang baik. Jeritan mahupun ayat kesat yang dilontarkan daripada ibu bapa akan membuatkan emosi anak-anak akan terganggu dan seterusnya akan menyebabkan anak-anak memberontak dan mula menimbulkan perasaan hilang hormat akan orang tua mereka. Hal ini amat penting dalam menjamin keluarga yang bahagia dan ibu bapa harus memiliki tahap kesabaran yang tinggi di samping daripada terlalu mengikut perasaan amarah mereka.

2    Ungkapan perasaan sayang terhadap anak-anak
Hal ini dilihat agak mudah namun amat sukar untuk diamalkan. Hal ini kerana perasaan ego yang terdapat dalam diri setiap manusia. Ungkapan sayang amat mudah untuk diungkapkan pada saat hangat dalam bercinta namun ianya menjadi semakin sukar sekiranya diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa. Ungkapan yang agak ringkas namun cukup bermakna ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap ahli sentiasa disayangi dan dihargai. 

3    Menyambut hari penting bersama
Perkara ini merupakan perkara yang sering dilakukan bagi mereka yang sedang hangat di dalam percintaan. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan mahupun hari ulang tahun pasangan dan anak-anak mereka. Menyambut hari penting bersama merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan memberikan satu memori yang indah buat keluarga. Perasaan menyayangi antara ahlli keluarga akan semakin bertambah yang seterusnya akan mewujudkan keluarga yang bahagia.

4     Memberi sokongan yang padu kepada anak-anak
Ramai di antara mereka yang telah berkahwin menginginkan cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, pemberian yang telah diberi oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik. Ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab serta kewajiban mereka sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik. Sokongan yang padu seperti hadir di dalam acara sekolah mereka akan membuatkan mereka gembira dan bangga dengan kedua ibu bapa mereka.

5     Beriadah

Aktiviti riadah bersama keluarga amat penting dalam memastikan bahawa ikatan kekeluargaan semakin erat. Hal ini kerana, ia dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama yang seterusnya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga bagi membantu mengurangkan masalah stres di tempat kerja dan juga masalah stres dengan pembelajaran. Aktiviti riadah seperti perkelahan dan juga melawat tempat-tempat yang menarik akan dapat mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan juga anak-anak mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul. Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar. Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perka