Skip to main content

SAYANGKAN ISTERI TINGGAL - TINGGALKAN, SAYANGKAN ANAK TANGAN - TANGANKAN?

Apakah maksud sayangkan anak tangan-tangankan?
Peribahasa ini bukanlah bermaksud jika sayangkan anak, maka kita perlu memukul, menyepak atau menampar anak kita. Itu sudah dikira sebagai mendera. Ia juga bukanlah bermaksud bahawa setiap ibu bapa perlu memukul anak tanpa belas kasihan apabila anak-anak melakukan kesalahan. Namun peribahasa berkenaan membawa maksud bahawa dalam mendidik anak-anak, perlulah dilakukan secara penuh hikmah dengan menasihati, menegur dan merotan mereka apabila perlu.
Di dalam keibubapaan, memukul, menghukum itu bukan suatu yang dilarang. Dari pespektif Islam sendiri, anak-anak dibenarkan dipukul setelah mencapai usia 10 tahun dan tidak sebelum itu, apabila anak itu masih tidak mahu sembahyang. Namun, sebelum dipukul, anak itu perlu diberi amaran dan sebelum usia 10 tahun itu, terutamanya bermula usia 7 tahun itu usia mumayiz (tahu membezakan baik dengan buruk), barulah anak itu boleh dipukul secara fizikal. Dalam melaksanakan hukuman itu pula, ibu bapa disuruh melakukannya dengan cara berhemah dimana tenaga yang mahu kita pamerkan ialah tenaga kasih dan sayang serta hormat kepadanya.
Merujuk kepada Akta kanak-kanak 2001 di bawah Seksyen 2 Akta 611, ‘kanak-kanak’ didefinisikan sebagai seseorang yang berada di bawah umur 18 tahun. Manakala mengikut Seksyen 17(2), seorang kanak-kanak itu dikatakan sebagai telah didera dari segi fizikal jika terdapat kecederaan yang ketara dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu.

Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak-kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga berita menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian di media massa.

Masyarakat seterusnya menjadi lebih peka atau kurang peka bergantung pada peranan dan persepsi individu terhadap setiap kes yang berlaku. Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat dan bertenaga secara fizikal serta lebih berkuasa secara mental dan psikologi daripada yang didera. Oleh sebab si pendera lebih bertenaga, lebih berkuasa dan lebih berupaya, ada di antara mereka berasa berhak untuk melakukan sesuka hati terhadap golongan yang lemah. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, mereka mengambil kesempatan perbezaan kekuatan fizikal dan mental ini untuk menyeksa dan mendera tubuh badan dan mental seseorang. Mereka tidak memikirkan atau mengambil kira hak asasi seseorang manusia seperti yang termaktub dalam Artikel (5) Deklarasi Hak Manusia yang menyebut:

(No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment).                                                                          (United Nation 1948).

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Terdapat beberapa kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera iaitu; penolakan yang bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. 

Seterusnya ialah pengasingan yang melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha mendisiplin anak yang melampaui batas.

Menakutkan-nakutkan pula bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Sikap tidak peduli ibubapa merupakan tindakan menolak tindak balas emosi. Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka.

Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak pula menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada adik beradik yang lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Secara tidak langsung, penderaan yang berlaku akan memberi kesan yang amat mendalam dalam diri setiap mangsa dera terutama sekali kanak-kanak termasuklah gangguan perkembangan fizikal dan juga perkembangan psikologi.

Penderaan dalam apa cara sekalipun boleh menghalang perjalanan sistem ini dan menggangu perkembangan fizikal yang sihat. Antara gangguan yang dimaksudkan adalah kanak-kanak berkenaan hilang selera makan sekiranya emosi mereka didera. Kekurangan pengambilan makanan secara langsung boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Pengeluaran hormon lain yang diperlukan untuk tumbesaran kanakkanak secara meluas akan tergugat dan ini secara terus-menerus menggangu perkembangan fizikal kanak-kanak.

Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.


Comments

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul. Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar. Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perka

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah menyebabkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Zaman moden yang semakin canggih turut menjadi cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Kes-kes penceraian kerap kali didengar pada masa kini sehinggakan menyebabkan beberapa golongan yang berstatus bujang takut untuk mendirikan rumah tangga mereka bersama yang dicintai. Kes penceraian yang semakin banyak terjadi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya akan menggangu emosi mereka. Akhirnya anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehinggakan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain. Hal ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan pemuda yang berwawasan tinggi dan berkaliber yang seterusnya akan dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang