Skip to main content

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA


Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul.
Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar.
Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perkataan memastikan pula ialah menentukan sesuatu dengan pasti. Di samping itu, perkataan rumah tangga  ialah lebih dikenali dengan perihal sesebuah rumah dan kehidupan dalam rumah. Perkataan bahagia pula ialah bermaksud mendatangkan suasana yang aman dan tenang.
Seperti yang kita sedia maklum, sejarah telah membuktikan bahawa sifat tanggungjawab  yang ada pada  Nabi Muhammad SAW telah membuktikan Baginda mendapat  keuntungan yang banyak dan berlipat kali ganda ketika berniaga membantu  isterinya iaitu Saidatina Khadijah.
Hal ini berkait lagi apabila  kita menyedari bahawa hasil daripada pendapatan itulah yang  akan menjadi sumber rezeki yang halal dan punca kepada kebahagiaan untuk diri dan kesejahteraan keluarga. 
Terdapat beberapa tips tanggungjawab ketua keluarga memastikan bagi keluarga yang lebih bahagia.
1.      Mengimbangi kehidupan di rumah dan tempat kerja
Ia tidak mudah bagi seseorang ketua keluarga untuk mengimbangi kehidupannya dalam bidang pekerjaan dan kehidupannya di rumah, itu bukan masalah besar, tetapi sebenarnya kita perlu lihat bagaimana mereka mencuba untuk menguruskannya dengan efektif. Seorang ketua keluarga mesti boleh membuat perbezaan antara hubungan di tempat kerja dengan keluarga mereka. Seorang ketua keluarga yang cemerlang dapat bekerja dengan cara yang sesuai dengan membahagikan komitmen antara kerja dan keluarga. Ketua keluarga yang berjaya perlu menyelesaikan sesuatu masalah di tempat yang betul. Sebagai contoh, masalah di tempat kerja tidak dicampurkan dalam urusan rumah tangga.  Tanggungjawab ketua keluarga tidak terhad hanya kepada mencari rezeki kepada keluarga semata-mata tetapi perlu juga mempunyai masa bersama keluarga. Sesebuah keluarga akan lebih bahagia jika ketua keluarga pandai mengimbangi kehidupan di rumah dan di tempat kerja.

2.      Mempunyai disiplin yang tinggi
Seorang ketua keluarga perlu berfikir bahawa disiplin bukan sebagai hukuman, mereka perlu memastikan cara yang baik untuk mengajar anak-anak mereka tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka tanpa mencederakan atau menyinggung perasaan ahli keluarga. Sebagai contoh, ketua keluarga perlu menunjukkan contoh yang baik atau sebagai suri teladan kepada ahli keluarganya dalam kehidupan seharian agar amalan yang baik dapat diikuti oleh setiap ahli keluarga. Penerapan tentang disiplin yang tinggi seperti patuh pada masa dan menjaga kebersihan diri dan rumah boleh membantu untuk mengajar anak- anak anda mengenai bagaimana mereka boleh mengendalikan situasi yang berbeza, dan bagaimana mereka boleh bertindak mengenainya pada masa akan datang. Dengan cara ini ahli keluarga akan menjadi lebih positif dan lebih membina.

3.      Menetapkan peraturan dalam rumah tangga
Kita sering menggunakan sempadan untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya. Tetapi walaupun terdapat peraturan dan sempadan bagaimana pula dengan peguatkuasaan? ia adalah penting bahawa ketua keluarga mencuba untuk menjelaskan mengapa terdapat sempadan, dan bukannya mengeluarkan perintah semata- mata. Sebagai contoh, apabila ketua keluarga menetapkan sesuatu sempadan atau peraturan di dalam sesebuah kekeluargaan maka kedua ibu bapa perlu bersama memantau keberkesanan peraturan yang telah ditetapkan. Kadang kala anak- anak mungkin keberatan untuk mengikut arahan jika ibu bapa menyuruh mereka melakukn sesuatu yang tidak disukai oleh mereka. Walau bagaimanapun, penjelasan mengapa arahan itu penting akan membantu pemahaman anak anda, dan oleh itu semangat bekerjasama amat penting bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

4.      Sering berkomunikasi antara ahli keluarga

Komunikasi adalah elemen yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Sebagai ketua keluarga kita hendaklah sering berkomunikasi dengan anggota keluarga tidak kira dimana tempat kita berada samada menggunakan saluran komunikasi interpersonal mahupun menggunakan media sosial. Komunikasi penting kerana ahli keluarga akan merasai lebih disayangi kerana seorang ketua keluarga sering bertanya perkembangan mereka. Kadang- kadang anak- anak sukar untuk berkongsi masalah mereka kepada ahli keluarga kerana kurangnya komunikasi antara ahli keluarga. Sebagai contoh, sebagai seorang ketua keluarga kita perlu bercakap tentang diri kita, tetapi bukan sahaja tentang masalah malah, tentang kehidupan harian serta sering bertanya perkembangan anak- anak. Jika mereka merasa termasuk dalam perkara yang kita lakukan maka mereka lebih cenderung untuk melihat nilai dalam sesebuah perkara yang mereka lakukan.


1.      Melakukan aktiviti bersama- sama ahli keluarga
Ia boleh menjadi sukar untuk mencari masa yang berkualiti untuk bersama anak- anak, tetapi ia adalah penting untuk meluangkan masa antara ahli keluarga. Lagipun, anak- anak sebenarnya belajar mengenai hubungan daripada ibu bapa mereka. Ketua keluarga perlu mencuba untuk mengatur masa supaya boleh melakukan aktiviti bersama. Sebagai contoh, pergi keluar makan, atau hanya bersantai di hadapan TV bersama-sama. Ketua keluarga juga perlu menyusun masa untuk bersama- sama bagi melakukan aktiviti bersama. Mungkin tiga kali seminggu kita boleh duduk makan bersama ahli keluarga. Ini akan memberikan semua peluang untuk bercakap tentang isu-isu penting, serta topik yang lebih menyeronokkan dalam keluarga kita. Sebagai ketua keluarga kita hendaklah memberi arahan kepada anak- anak untuk membantu kerja rumah atau melakukan kerja seharian.

Sebagai penghias bicara akhir, Islam mensyaratkan setiap orang daripada lelaki hendaklah sentiasa berbuat baik dan menjadi pelindung terhadap ahli keluarga. Sebagai pemimpin yang baik, suami dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk keluarga. Apa yang kita dapat lihat pada hari ini, terdapat sesetengah suami yang semakin  jauh dari menjalankan  tugas yang telah diamanahkan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mengikut nilai- nilai murni  yang dianjurkan  oleh Rasulullah SAW.

Comments

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah menyebabkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Zaman moden yang semakin canggih turut menjadi cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Kes-kes penceraian kerap kali didengar pada masa kini sehinggakan menyebabkan beberapa golongan yang berstatus bujang takut untuk mendirikan rumah tangga mereka bersama yang dicintai. Kes penceraian yang semakin banyak terjadi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya akan menggangu emosi mereka. Akhirnya anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehinggakan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain. Hal ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan pemuda yang berwawasan tinggi dan berkaliber yang seterusnya akan dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang