Skip to main content

MANFAATKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Perubahan zaman yang semakin moden menjadikan masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan.  Keadaan ini tidak dapat dielak disebabkan oleh perkara seperti beban kerja yang semakin bertambah, ibu bapa yang bekerja, anak-anak yang semakin sibuk dengan tuisyen dan aktiviti sekolah. Keadaan ini membuatkan masa untuk bersama keluarga menjadi semakin terhad.  Namun, ibu bapa harus tahu bahawa anak-anak menilai kasih sayang melalui masa dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa untuk bersama mereka. Semakin banyak masa bersama keluarga, semakin erat hubugan kekeluargaan tersebut. Sebaliknya, apabila kuantiti masa untuk bersama anak-anak terhad disebabkan oleh keadaan, maka adalah penting masa yang terluang itu dimanfaatkan secara berkualiti. Meskipun ia tidak mungkin sama apabila dibandingkan kualiti dengan kuantiti, namun menggunakan masa yang pendek secara berkualiti sekurang-kurangkan dapat mengimbangi kuantiti masa yang sedikit itu.  Berikut adalah beberapa petua yang boleh dikongsikan bersama.

ü  Solat Berjemaah
Tidak ada masa yang paling pendek tetapi paling berkualiti selain dari solat berjemaah bersama keluarga.  Paling mudah ialah solat subuh yang hanya dua rakaat. Sekiranya  dihitung jumlah masa yang diperlukan tidak sampai pun 15 minit, tetapi ia cukup bermakna kerana disitulah bermulanya hari kita. 

ü  Makan Malam Bersama
Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama.  Disebabkan waktu siang pada kebiasaannya semua sibuk dengan urusan dan kerja dan aktiviti-aktiviti sekolah, kenapa tidak menjadikan makan malam sebagai waktu untuk bersama keluarga. 


ü  Ambil Cuti
Ambillah cuti dan rancang cuti anda untuk bersama keluarga.  Sekarang adalah waktu cuti sekolah, maka ini adalah saat yang terbaik untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak dan menggunakan masa secara berkualiti.  Banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi dan rancanglah perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran.



ü  Cari Masa Untuk Bersama Anak-Anak
Masa yang berkualiti bukan sahaja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah adakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu.  Jal ini kerana tidak semua perkara yang mahu dibincangkan oleh anak itu merupakan perkara umum.  Ada ketika mereka mahu bincangkannya secara peribadi.  Oleh itu rancang juga masa untuk kita bersama dengan setiap anak secara peribadi.  Sebagai contoh, ada masa kita bawa hanya seorang anak sahaja bersama kita seperti mengajaknya makan di luar. 

ü  Menjadi Pendengar Yang Baik
Hikmah kita diberikan satu mulut dan dua telinga ialah supaya kita lebih banyak mendengar dari berbicara.  Dalam aspek keibubapaan kita akan dapati bahawa menjadi pendengar yang baik adalah perkara yang paling mudah untuk dibuat tetapi sukar untuk dipraktikkan. Untuk memahami perkembangan jiwa anak-anak, kita mesti berikan perhatian terhadap apa yang disampaikan. 



ü  Bercerita
Semua orang sukakan cerita lebih-lebih lagi anak-anak.  Kalau kita perhatikan sebahagian besar kandungan Al-Quran mengandungi cerita-cerita yang memberi banyak petunjuk dan pengajaran.  Bercerita adalah cara terbaik untuk mendidik anak-anak.  Anak-anak jadi negatif juga disebabkan cerita-cerita yang mereka baca, dengan dan lihat sama ada di radio, televisyen, internet dan pelbagai media lainnya. 

 
ü  Masalah Adalah Masa Kita
Kalau ditanya anak-anak bagaimana yang ibu bapa mahukan, semuanya mahu anak-anak yang baik, rajin, soleh, bijak dan sebagainya.  Tidak seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak yang bermasalah.  Tetapi kita lupa, setiap manusia pasti ada masalah dan tidak ada seorang pun manusia yang sempurna.  Begitulah juga dengan anak-anak kita.  Sebenarnya masalah adalah pintu masuk untuk kita mendekati diri dengan anak-anak.

Apabila anak-anak menghadapi masalah, tertekan, berperasaan negatif dan sebagainya maka itu adalah peluang untuk kita memahami, berbincang dan membantu mereka.  Itu adalah saat seorang anak memerlukan ibu bapa di sisinya.  Jangan pula kita marahi mereka kerana mereka ada masalah.  Misalnya, ada waktu anak akan rasa tertekan dengan persekitarannya.  Beritahulah mereka bahawa adalah normal merasa tertekan dan bantu mereka mengatasi tekanan tersebut dengan cara yang baik.  Begitu juga apabila mereka marah disebabkan sesuatu perkara maka beritahu mereka adalah normal untuk merasa marah tetapi tidak sampai bertindak melulu tanpa akal semata-mata mahu puaskan marah itu.  Hulurkan bantuan kepada anak-anak sama ada dari segi moral, idea, wang dan sebagainya.  


Comments

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul. Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar. Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perka

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah menyebabkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Zaman moden yang semakin canggih turut menjadi cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Kes-kes penceraian kerap kali didengar pada masa kini sehinggakan menyebabkan beberapa golongan yang berstatus bujang takut untuk mendirikan rumah tangga mereka bersama yang dicintai. Kes penceraian yang semakin banyak terjadi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya akan menggangu emosi mereka. Akhirnya anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehinggakan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain. Hal ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan pemuda yang berwawasan tinggi dan berkaliber yang seterusnya akan dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang