Skip to main content

PENCERAIAN BUKAN PEMUSNAH SEGALANYA

Keluarga merupakan unit kecil yang menjadi tunjang kepada pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Pembentukan sahsiah dalam diri remaja bermula dari sebuah institusi keluarga yang positif yang mengamalkan nilai-nilai yang baik. Dalam menjalani dunia global masa kini, setiap individu termasuk remaja berhak memilih cara hidup mereka dan menentukan kebahagian mereka sendiri. Segalanya bermula dari sesebuah institusi keluarga sama ada positif atau negatif, ianya bergantung kepada didikan yang diberikan kepada anak-anak.

Namun, tidak semua diantara masyarakat kita bernasib baik, dapat hidup didalam sebuah keluarga yang sempurna dan harmoni. Kadar penceraian di Malaysia semakin meningkat setiap hari dan lebih membimbangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja masa kini merupakan remaja yang datang dari keluarga yang bemasalah. Walaupun, penceraian merupakan perkara yang tidak digalakkan dalam masyarakat kita, namun ianya semakin menigkat saban tahun.

Menurut rekod Jabatan kehakiman Syariah Malaysia mendedahkan sebanyak lebih 38,000 pasangan bercerai dalam tempoh januari hingga ogos tahun lalu. Secara puratanya, sebanyak enam kes penceraian dilaporkan pada setiap jam atau 156 kes penceraian berlaku setiap hari. Setiap penceraian yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu emosi anak-anak yang terlibat dalam keluarga ini dan menyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak remaja masa kini.


Sebagai manusia, kita lemah dari segala aspek, kebergantungan kepada sang pencipta amat penting untuk mencapai matlamat hidup duniawi dan ukhrawi. Keluarga merupakan asas penting dalam membentuk sahsiah remaja masa kini yang penuh dengan cabaran kemajuan teknologi maklumat. Pembangunan institusi keluargaan perlu dalam membentuk sesebuah keluarga bahagia sekaligus melahirkan remaja yang berakhlak mulia.


Penceraian mengganggu emosi anak-anak
Rentetan itu, kesan psikologi buruk terhadap anak-anak impak daripada penceraian ibu bapa akan memberi pengaruh kepada pembentukan akhlak remaja pada masa akan datang. Anak-anak yang menjadi mangsa penceraian, akan kehilangan kasih sayang daripada kedua ibubapanya ataupun salah seorang dari mereka. Sesetengah keluarga anak-anak terpaksa berpisah dengan adik beradik yang lain kerana mengikut ibu atau bapanya. Hal ini menyebabkan tekanan emosi yang buruk dan seterusnya membentuk pembangunan akhlak negatif dalam diri anak-anak.
Tips berguna untuk mendidik anak bagi pasangan bercerai
Kunci utama untuk mengatasi trauma dalam diri anak-anak akibat dariapada penceraian adalah dengan memastikan komunikasi dengan anak-anak berjalan dengan baik. Hal ini kerana anak-anak dapat meluahkan segala perasaan kecewa, sedih dan marahnya pada saluran yang betul dan juga tidak diluahkan dalam bentuk sikap atau tingkah laku yang negative.

Utamakan kepentingan anak-anak
Selepas berlakunya penceraian satu perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah berbincang tentang kepentingan anak-anak. Dengan itu, terdapat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti:

1. Jangan memburuk-burukan pasangan di depan anak
Sikap memburuk-burukkan pasangan di depan anak sama sekali tidak digalakkan, kerana akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak-anak terhadap ibu bapanya. Ia juga akan menimbulkan kebencian dalam diri anak-anak terhadap ibu atau ayah mereka.


2. Kekalkan komunikasi yang baik antara bekas suami/isteri
Walaubagaimanapun, tidak ada istilah bekas anak. Jadi, untuk kepentingan anak, peliharalah hubungan baik antara bekas suami dan isteri. Jangan ragu-ragu untuk mengajak bekas suami atau isteri berberbincang mengenai masalah anak-anak. selain itu dengan cara ini juga dapat membuatkan anak-anak merasa diri mereka masih mempunyai ibu dan bapa dan keluarga yang lengkap.

3. Bina hubungan baik antara anak dengan ayah dan ibunya
Anak tetap berhak berjumpa ayah dan ibunya. Sebaiknya, jangan tinggalkan rutin yang biasa dilakukan bersama seperti, besiar-siar dan luangkan waktu secukupnya bersama anak-anak. Tetapkan masa yang sesuai untuk bersama ibu, dan bila waktunya bersama ayah. Dengan demikian, anak-anak akan tetap merasakan kasih sayang daripada kedua ibu bapa.

4. Terangkan kepada anak situasi selepas penceraian
Jalani kehidupan selepas penceraian seperti biasa dan jangan tujukkan kekecewaan dihadapan anak-anak. Terangkan kepada anak-anak secara beransur-ansur agar mereka faham dengan situasi yang berlaku dan tidak menyebabkan mereka memberontak. Masih berhubung secara baik dengan pasangan walaupun sudah mempunyai pasangan lain. Tetap menjaga kebajikan anak-anak walau tinggal berasingan dan pastikan anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari kedua belah pihak. Apapun keadaannya, lakukan secara beransur-ansur mengajak anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya.

Comments

Popular posts from this blog

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MEMASTIKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Satu tajuk yang cukup menarik bagi sesebuah institusi kekeluargaan iaitu, “tanggungjawab ketua keluarga memastikan rumah tangga bahagia.” Saya yakin tajuk yang bakal dikupaskan ini nanti pasti dapat memenuhi kehendak bagi mendapatkan garis panduan yang betul kepada setiap pembaca terutamanya kepada suami atau ketua keluarga mahupun isi rumah yang mengidamkan sebuah mahligai kekeluargaan yang aman dan harmoni mengikut landasan yang betul. Menurut kamus dewan edisi terkini, tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan oleh seseorang. Tanggungjawab juga lebih dikenali dengan kewajipan yang dipikul oleh seseorang manusia dan segala yang ditanggung olehnya. Oleh itu, jangan sesekali memberikan tanggungjawab kepada orang yang tidak boleh dipercayai dalam memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang benar. Perkataan ketua pula ialah sinonim dengan perkataan pemimpin ataupun khalifah. Seterusnya, Perkataan keluarga pula bermaksud keturunan kita. Selain itu, perka

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah menyebabkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Zaman moden yang semakin canggih turut menjadi cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Kes-kes penceraian kerap kali didengar pada masa kini sehinggakan menyebabkan beberapa golongan yang berstatus bujang takut untuk mendirikan rumah tangga mereka bersama yang dicintai. Kes penceraian yang semakin banyak terjadi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya akan menggangu emosi mereka. Akhirnya anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehinggakan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain. Hal ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan pemuda yang berwawasan tinggi dan berkaliber yang seterusnya akan dapat membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang