Skip to main content

PENGURUSAN KEWANGAN DALAM MENJANA KELUARGA BAHAGIA

Pengurusan kewangan ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan sebuah keluarga agar keluarga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap perubahan ekonomi. Oleh itu, kita perlu menguruskan kewangan dengan baik bagi menjana pendapatan yang cukup bagi seisi keluarga dan mempunyai simpanan tetap pada masa akan datang. Ketua keluarga seharusnya memainkan peranan dalam memulakan langkah untuk masa depan keluarga dan anak-anak.
Berikut merupakan langkah untuk tuan puan dalam menguruskan kewangan keluarga dengan lebih teratur dan sistematik :

1     Mempunyai matlamat kewangan
Dalam kehidupan seharian kita perlu tahu apa yang difokuskan dalam hidup terutamanya dalam sesebuah keluarga. Memfokuskan sesuatu perkara yang penting ini dapat menjadikan seseorang itu berjaya dalam mencapat matlamat.

Misalnya, apakah seseorang individu itu tahu bila atau pada usia berapa persaraannya? Adakah simpanan untuk persaraan nanti mencukupi? Hal ini disebabkan oleh faktor kenaikan kos sara hidup, manakala kadar inflasi yang berlaku setiap tahun?

Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik ini melibatkan matlamat kewangan jangka masa pendek, jangka masa panjang dan jangka masa yang panjang dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa dalam sesebuah keluarga perlu merancang pengurusan kewangan supaya dapat menampung perbelanjaan keluarga masa hadapan. Dalam mengquruskan kewangan ini kita perlulah menetapkan matlamat yang paling jauh. Sifat berpandangan jauh ini memainkan peranan penting kerana kita telah menetapkan matlamat yang betul untuk berjaya.

2    Mempunyai sumber kewangan yang cukup
Sumber kewangan yang kukuh merupakan sesuatu perkara yang memainkan peranan yang sangat penting dalam membina sesebuah keluarga. Hal ini kerana, kewangan yang kukuh dapat membantu mengurangkan beban terhadap perbelanjaan dalam memulakan keluarga. Sumber kewangan yang cukup ini memberikan kesan yang sangat positif dalam membina sebuah keluarga yang bahagia disebabkan tidak perlu melakukan dua kerja dalam satu masa.


Masa kini, ramai pasangan keluarga yang melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam menampung perbelanjaan keluarga. Misalnya siang pasangan tersebut bekerja di pejabat dan malam pula mereka terpaksa melakukan kerja seperti membuka warung kecil sebagai tambahan pendapatan meraka. Hal ini kerana, pada zaman yang serba maju ini mempunyai satu sumber pendapatan sahaja tidak mencukupi. Paling kurang ada pendapatan yang kedua.

1
s     Simpan sebelum belanja
Simpanan sebelum belanja ini disifatkan sebagai “money saving” hal ini kerana wang daripada sumber pendapatan kita itu harus disimpan sebanyak 20% ke dalam akaun bank kita sebagai cara kita berjaga-jaga sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan. Wang simpanan ini juga, berperanan dalam meringankan kos perbelanjaan anak-anak pada masa hadapan. Ketua keluarga berperanan dalam mewujudkan satu akaun simpanan dalam memastikan langkah berjaga-jaga.

Langkah seperti ini mewujudkan sifat disiplin dan bertanggungjawab dalam mengawal kewangan keluarga. Disebabkan oleh faktor persekitaran yang sentiasa berubah. Faktor persekitaran ini yang menunjukkan bahawa sesebuah keluarga itu mampu atau tidak mengawal kewangan keluarga mereka. Sebagai contoh, seseorang individu sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi maka mereka mempunyai simpanan bagi membiayai kos rawatan tersebut.

2    Berbelanja dengan bijak
Dalam menguruskan perbelanjaan keluarga dengan cekap individu tersebut perlulah menyusun keutamaan perbelanjaan. Berbelanja dengan cermat dan mengikut kesesuaian kewangan. Bermula dengan keperluan asas hidup seperti minuman, makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kemudian baru la diikuti dengan kehendak yang memberikan keselesaan terhadap kehidupan. Segala perbelanjaan perlulah direkodkan bagi menguruskan kewangan yang sistematik sebagai cara yang terbaik dalam memastikan kewangan stabil. Hal ini bagi memastikan bahawa tidak berlakunya lebihan perbelanjaan yang akan menjejaskan kewangan keluarga yang telah dihadkan.

Comments

Popular posts from this blog

IKLAN 11

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M...

IKLAN 10