Institusi kekeluargaan yang bahagia dilihat mampu memenuhi keperluan modal insan yang berkualiti. Hal yang demikian selaras dengan objektif pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti mana katanya ;
“Pembangunan
modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka
ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran
tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan
mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan”.
Nilai
kekeluargaan yang tinggi melahirkan
sebuah masyarakat yang penyayang dan harmoni. Namun sejauh manakah persepsi
masyarakat terhadap isu kahwin muda dalam kalangan remaja zaman milenia ini?
Apakah masyarakat dapat menerima malah membuka ruang dan peluang pada remaja
kahwin muda dalam mempertahankan cinta dan asas perkahwinan yang utuh dan teguh
selamanya?
Oleh itu, maka
terhasilah kajian terhadap persepsi masyarakat terhadap golongan muda belia
ini. Mengikut laporan daeipada sumber berita ‘Utusan Online’- bertarikh 19 Mei
2015. Jabatan kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah merekodkan statistik
sebanyak 6,268 kes perkahwinan bawah
umur bagi orang Islam bagi tempoh 2010 hingga 2015. Tambahan lagi, Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita dan keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd.
berkata pada 2010 hingga 2015 mencatatkan rekod
sebanyak 2,775 kes.
Berdasarkan
bancian kementerian, hanya 0.4 peratus pasangan suami isteri yang berkahwin di
usia muda keibubapaan kepada mengalami penceraian. Jumlah ini boleh dikatakan
kecil berbanding jumlah penceraian yang berkahwin pada usia 18 tahun ke atas.
Walaubagaimanapun, pihak kementerian masih mengambil inisiatif dalam mengadakan
dan mewajibkan kursus keibubapaan kepada
suami isteri yang berkahwin muda bagi mendedahkan mereka terhadap tanggungjawab
dan pengetahuan dalam pengendalian anak-anak dan sebagainya.
Dua tiga tahun
belakangan ini, kahwin muda seolah-oleh telah menjadi suatu trend sehingga menjadi topik hangat dalam negara.
Perkahwinan remaja berusia 15 dan 12 tahun menjadi bualan dan mendapat kritikan
daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat sekeliling. Dikatakan perkahwinan
itu dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga dan atas dasar cinta sama cinta
telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2015.
Walaupun
perkahwinan amat digalakkan di dalam Islam, namun beberapa perkara perlu diberi
perhatian terutamanya yang berkaitan dengan aspek pemilihan pasangan. Kriteria
bakal suami atau isteri sangat penting diberi perhatian dan dititik beratkan
oleh setiap orang yang bakal melalui alam berumahtangga dalam fasa
kehidupannya. Pemilihan tersebut perlu dipastikan sama ada ia berlandaskan
aspek keagamaan, nafsu, seks atau sebagainya. Umum mengetahui bahawa untuk
membina bahtera perkahwinan, umur bukanlah faktor penentu kematangan seseorang.
Definisi kanak-kanak menurut undang-undang Islam dan
Undang-undang
Batasan antara
seseorang yang dianggap dewasa dengan seseorang yang dianggap sebagai
kanak-kanak dalam Islam tidak secara mutlak ditentukan oleh tahap umur
sebagaimana yang dikemukakan oleh prinsip perundangan Barat. Mengikut
undang-undang Islam, istilah kanak-kanak digunakan merujuk kepada seseorang
yang belum baligh. Terdapat dua cara bagi menentukan sama ada kanak-kanak itu
sudah baligh atau sebaliknya, pertama iaitu baligh secara tabi’i, dan kedua baligh
dengan umur.
Isu- isu kahwin
muda yang menjadi sebab musabab yang pertama ketidaksediaan fizikal kedua-dua
pasangan suami isteri (kesihatan). Hal ini demikian kerana fizikal remaja dalam
lingkungan usia remaja masih belum kuat untuk menanggung dan memikul
tanggungjawab berat sebagai pasangan suami isteri dewasa. Masalah paling besar
yang akan timbul adalah risiko hamil diawal perkahwinan. Hal ini demikian
disebabkan oleh fizikal yang kecil dan masih tidak kuat untuk mengandungkan
bayi selama sembilan bulan. Bahkan memberi risiko kesihatan kepada ibu muda.
Hal ini demikian kerana, proses kelahiran yang konflik akan memberi kesan buruk
kepada ibu dan anak sewaktu proses bersalin. Mengikut statistik lebih lapan
belas ribu ibu-ibu muda didaftarkan di klinik kesihatan Ibu dan Anak seluruh
negeri di Malaysia dan kebanyakkannya mengalami komplikasi ketika bersalin
malah berisiko tinggi terhadap nyawa.
Faktor halangan perkahwinan diusia
muda
Faktor mengapa
perkahwinan diusia muda mendapat tentangan hebat dari masyarakat awam.
Pertamanya, faktor kewangan. Ketika usia belasan tahun amatlah tidak wajar
remaja dikahwinkan, hal ini demikian kerana, naluri keremajaan masih
membuak-buak dan meronta untuk mencuba perkara-perkara baru. Remaja masih belum
bersedia untuk berdikari mencari nafkah untuk menyara keluarga. Remaja juga
kebanyakkannya belum memahami erti
tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan isteri yang baik kepada anak-anak.
Pendapat ada mengatakan, jika anak-anak diberi peluang untuk berdikari mereka
akan lebih memahami nilai tanggungjawab yang sebenar. Namun, ianya sekadar
pendapat. Kesannya, ia merupakan salah satu punca penceraian yang semakin
tinggi di Malaysia.
Dewasa ini,
masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan remaja sehingga ibu bapa
sendiri tidak dapat mengepung dengan baik. Malah, ada juga sesetangah ibu bapa
yang mengambil jalan mudah dengan mengahwinkan anak-anak diusia muda kerana
bimbang akan berlakunya masalah yang lebih besar sehingga memalukan dan
menjatuhkan air muka keluarga. Pergaulan bebas antara remaja, pengaruh media sosial,
gejala yang tidak sihat dan lain-laim menyumbang kepada perkahwinan ketika usia
muda. Sesetengah ibu bapa juga berpendapat bahawa, selepas anak-anak
dikahwinkan, ibu bapa boleh lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab
sepenuhnya terhadap suami untuk membimbing sendiri. Inilah yang merupakan
kesilapan paling besar ibu bapa yang terjadi di Malaysia.
Faktor tradisi
sesetengah masyarakat di Malaysia masih mengamalkan tradisi kahwin muda, dimana
anak-anak telah dijodohkan dari usia kanak-kanak serta akan dikahwinkan apabila
telah mencapai peringkat umur yang telah ditetapkan untuk berkahwin. Pada
pendapat mereka, pada peringkat umur tertentu mereka sudah layak untuk
berumahtangga dan melaksanakan tanggungjawab, melahirkan zuriat seperti mana
yang telah dilakukan oleh mereka.
Kesimpulanya,
isu kahwin muda bukanlah suatu isu yang baru lagi, tetapi ianya sudah menapak
di Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya isu ini tidak dipandang
serius oleh semua pihak, dikhuatiri peningkatan kepada penceraian pasangan kahwin
muda semakin meningkat. Dalam pada itu, diharapkan agar pihak keluarga
terutamanya ibu bapa mengambil berat terhadap hal ini demi kemasalahatan semua
pihak.
Comments
Post a Comment