Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

IKLAN 11

IKLAN 10

IKLAN 9

IKLAN 8

IKLAN 7

IKLAN 6

IKLAN 5

IKLAN 4

IKLAN 3

IKLAN 2

IKLAN 1

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?

Apabila ditanya mengenai definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya, kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka berhadapan dengan konflik dalam perkahwinan mereka. Penceraian boleh didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk berkahwin lain. Mutakhir ini, isu penceraian telah semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehingga ia menjejaskan sebuah institusi kekeluargaan. Malahan perkara ini juga dilihat semakin kerap berlaku dalam kalangan selebriti di M

PEDOFIL : ANCAMAN KEPADA ANAK ANDA !

A pa itu pedofil dan apa kaitan dengan keselamatan anak anda ? Ia juga menjadi ancaman? Adakah ia sejenis penyakit ataupun jenama makanan yang tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak.  Tetapi mengapa tidak disebarkan oleh media massa ataupun media bercetak untuk mengatasi permasalahan yang wujud ini, jika benar ianya sangat berbahaya.  Isu ini juga menimbulkan kebimbangan dan menjadi pertanyaan dalam kalangan ibu bapa sejagat kerana perkataan tersebut yang sangat unik dan tidak pernah didengari oleh halwa telinga mereka dan berlegar-legar di dalam fikiran. Terdapat juga sesetengah ibu bapa   yang beranggapan ia adalah serangan wabak penyakit yang akan menjejaskan anti bodi kanak-kanak serta berkaitan dengan kesihatan yang akan menjejaskan keceriaan hidup kanak-kanak.   Namun, penyakit ini lebih merbahaya dan akan menjejaskan masa depan kanak-kanak kerana impaknya menjejaskan emosi dan mental hingga menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami trauma serta kehidupa

PENCERAIAN BUKAN PEMUSNAH SEGALANYA

Keluarga merupakan unit kecil yang menjadi tunjang kepada pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Pembentukan sahsiah dalam diri remaja bermula dari sebuah institusi keluarga yang positif yang mengamalkan nilai-nilai yang baik. Dalam menjalani dunia global masa kini, setiap individu termasuk remaja berhak memilih cara hidup mereka dan menentukan kebahagian mereka sendiri. Segalanya bermula dari sesebuah institusi keluarga sama ada positif atau negatif, ianya bergantung kepada didikan yang diberikan kepada anak-anak. Namun, tidak semua diantara masyarakat kita bernasib baik, dapat hidup didalam sebuah keluarga yang sempurna dan harmoni. Kadar penceraian di Malaysia semakin meningkat setiap hari dan lebih membimbangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja masa kini merupakan remaja yang datang dari keluarga yang bemasalah. Walaupun, penceraian merupakan perkara yang tidak digalakkan dalam masyarakat kita, namun ianya semakin menigkat saban tahun. Menurut rekod Ja

SAYANGKAN ISTERI TINGGAL - TINGGALKAN, SAYANGKAN ANAK TANGAN - TANGANKAN?

Apakah maksud  sayangkan anak tangan-tangankan? Peribahasa ini bukanlah bermaksud jika sayangkan anak, maka kita perlu memukul, menyepak atau menampar anak kita. Itu sudah dikira sebagai mendera. Ia juga bukanlah bermaksud bahawa setiap ibu bapa perlu memukul anak tanpa belas kasihan apabila anak-anak melakukan kesalahan. Namun peribahasa berkenaan membawa maksud bahawa dalam mendidik anak-anak, perlulah dilakukan secara penuh hikmah dengan menasihati, menegur dan merotan mereka apabila perlu. Di dalam keibubapaan, memukul, menghukum itu bukan suatu yang dilarang. Dari pespektif Islam sendiri, anak-anak dibenarkan dipukul setelah mencapai usia 10 tahun dan tidak sebelum itu, apabila anak itu masih tidak mahu sembahyang. Namun, sebelum dipukul, anak itu perlu diberi amaran dan sebelum usia 10 tahun itu, terutamanya bermula usia 7 tahun itu usia mumayiz (tahu membezakan baik dengan buruk), barulah anak itu boleh dipukul secara fizikal. Dalam melaksanakan hukuman itu pula, ibu bapa d

AMALAN PEMAKANAN SIHAT SEISI KELUARGA

Amalan gaya pemakanan yang sihat dalam kalangan ahli keluarga merupakan antara amalan yang mampu menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Pemilihan makanan sihat yang seimbang memainkan peranan penting bagi mengelakkan dan mengawal penyakit kronik yang mampu membawa maut seperti diabetes. Jadikanlah makanan sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian dalam keluarga kita.             Sebagai ibubapa yang prihatin, penjagaan gaya pemakanan yang sihat wajar di utamakan dalam kalangan anak-anak dan perlu dipantau setiap masa. Ibubapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak dan menekankan pengambilan makan yang sihat kepada mereka. Anak-anak perlu dibentuk agar terbiasa dengan amalan gaya pemakanan yang sihat dan berkhasiat seawal usia yang muda.             Penjagaan kesihatan sudah semestinya harus menjadi salah satu aspek yang perlu menjadi perhatian bagi bagi setiap ahli keluarga. Kesihatan keluarga perlu dijaga agar kehidupan leb

MANFAATKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Perubahan zaman yang semakin moden menjadikan masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan.  Keadaan ini tidak dapat dielak disebabkan oleh perkara seperti beban kerja yang semakin bertambah, ibu bapa yang bekerja, anak-anak yang semakin sibuk dengan tuisyen dan aktiviti sekolah. Keadaan ini membuatkan masa untuk bersama keluarga menjadi semakin terhad.  Namun, ibu bapa harus tahu bahawa anak-anak menilai kasih sayang melalui masa dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa untuk bersama mereka. Semakin banyak masa bersama keluarga, semakin erat hubugan kekeluargaan tersebut. Sebaliknya, apabila kuantiti masa untuk bersama anak-anak terhad disebabkan oleh keadaan, maka adalah penting masa yang terluang itu dimanfaatkan secara berkualiti.  Meskipun ia tidak mungkin sama apabila dibandingkan kualiti dengan kuantiti, namun menggunakan masa yang pendek secara berkualiti sekurang-kurangkan dapat mengimbangi kuantiti masa yang sedikit itu.  Berikut adalah beberapa petua yang boleh dik